EDITOR


Tahun 1982- 1983 Hero Mata Satu telah diterbitkan secara bersiri dalam Berita Harian. Karya ini telah diterbitkan  lebih daripada 100 minggu. Hero Mata Satu merupakan sebuah satira tentang kepimpinan, intergriti dan kasih Sayang.Kini Hero Mata Satu dimuat naik ke laman maya sebagai satu perkongsian untuk pelayar maya masa kini.

PECAHAN BAB


Untuk  memudahkan pembaca Hero Mata Satu dipecahkan kepada 8 bab iaitu.


INSPIRASI WATAK

Pemilihan Hero Mata Satu  sebagai watak  adalah  sebagai simbol pemimpin yang beriltizam tekun serta bijak melaksanakan tugas. Dalam tanggapan ramai,  watak bermata satu selalu dikaitkan dengan  perbadi buruk, perompak, lanun dan tidak boleh dipercayai. Hal ini sangat berlawanan dengan watak Hero Mata Satu, walaupun memiliki sebelah mata pekertinya sangat terpuji, bijak, perkasa  dan cekap dalam membuat keputusan. Hero Mata Satu adalah cerminan  pemimpin yang bijaksana. Plot cerita Hero Mata Satu adalah satira yang menggunakan prop purba dan moden. Gambaran yang begitu sengaja dilakukan untuk memberi nafas baharu dalam  penceritaan serta lebih dekat dengan situasi  sezaman.

LANSKAP 1980 AN.


Suatu perkara yang mendorong pelukisan pengkisahan  sezaman kerana sangat berkaitan rapat dengan lanskap politik moden malaysia yang mengalami banyak perubahan  dasar dan polisi pada ketika itu. Pada masa itu Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad (  sekarang Tun) baharu beberapa tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dalam tempoh awal kepimpinannya Dr Mahathir telah memperkenalkan banyak polisi baharu bagi memantapkan sistem penyampaian kerajaan  supaya perlaksaan program yang dilaksanakan oleh kerajaan menjadi berkesan. Diantara polisinya  adalah penyeragaman waktu untuk seluruh Malaysia, Punch Card, penubuhan skim Simpanan Amanah Saham, dasar Pandang ke Timur dan dasar Bersih Cekap dan amanah.


Selaras dengan dasar yang dibuat oleh Perdana Menteri ketika itulah  ia menjadi inspirasi  kepada cerita dialog dan sebahagian daripada penceritaan yang digambarkan dalam Hero Mata Satu.  Selain daripada itu tempat dan lokasi peristiwa yang digunakan adalah merujuk kepada nama setempat .


WATAK   DAN PERWATAKAN


Selain Hero Mata Satu watak lain membantu perjalanan cerita  adalah Azizah, Alang Sengau, Ketua Lanun, Pak Badul, Suara Tujuh, Datuk Bendahara, Pak Alang, Tuan Syeikh dan sebagainya. Watak-watak yang diwujudkan ada kalanya disulami dengan dialog daerah  Perak Tengah. Tujuan penggunaan dialog tersebut bagi menyesuaikan latar lokasi serta situasi penceritaan yang digambarkan.


LIRIK DAN NYAYIAN


Dalam cerita ini  tiga petikan lagu digunakan iaitu, ape koje menantu mike, apo nak di kato dan pucuk-pucuklah pisang. Lagu ape koje menantu mike yang popular pada tahun awal tahun 1980an dan dinyayikan oleh Os. Os  pada ketika itu merupakan seorang pelawak yang terkenal. Sebagai pelawak Os juga terlibat dalam sitkom Santan Berlada, selain daripada itu ia terlibat dalam lakonan dan pengarahan filem. Disamping itu ia  menerbitkan album nyanyian komidi. Petikan lirik nyayian Os dalam cerita ini dan lirik nyayian apo nak dikato oleh Ito dari kumpulan Blues Gang bertujuan untuk  memantapkan jalan cerita supaya neratifnya tidak hambar.


TIGA MIMPI



Kisah Hero Mata Satu dibina berasaskan cerita di atas cerita. Pengkisahan cerita di atas cerita dibuat melalui TIGA mimpi yang dialami oleh Hero Mata Satu. Mimpi pertama mengalami firasat mimpi sufi, mimpi kedua berkaitan dengan gerombolan lanun yang berusaha menangkapnya. Manakala mimpi ketiga berkaitan dengan kelahiran 3 anak kembar yang dilahirkan oleh isterinya. Pada dasarnya mimpi pertama, kedua dan ketiga mempunyai rentatan dengan cerita lain dan reliti kehidupan, cabaran kepimpinan dan satira polisi kerajaan pada masa itu.

INTERGRITI

Ketegasan dalam pengurusan organisasi menyebabkan Hero Mata Satu ditakuti dan disegani. Secara umum pemimpin organisasi adalah penggerak kepada sikap subordinat dan cerminan kepada kejayaan organisasi. Bagi memastikan pengurusan organisasi berkesan Hero Mata Satu telah mengambil tindakan punitif, nasihat dan kawalan. Selain dia telah menjadi contoh supaya organisasi terus cemerlang. 

CEMBURU



Sifat semula jadi wanita adalah cemburu. Akibat cemburu rumahtangga Hero mengalami krisis dan hubungan Hero dan isterinya menjadi dingin. Hero Mata Satu sungguh kecewa pelbagai cara dilakukan untuk memujuk isteri.

HERO MATA SATU SEBELUM  DI BERITA HARIAN


Watak  pembuka Hero Mata Satu  sebelum diterbitkan di Berita Harian, telah diterbitkan dalam bentuk buku komik kartun yang mengandungi sebanyak 20 halaman oleh sebuah penerbit buku di Desa Jaya,  Kepong,Selangor. Buku tersebut telah diterbitkan sekitar tahun 1981 dan dicetak sebanyak 10,000 naskhah. 

Maklum balas daripada surat pembaca telah mengilhamkan kepada pelukis untuk menyambung kisah tersebut dalam khalayak  lebih luas melalui penerbitan di  Berita Harian. Nasib pelukis baik kerana pengarang Berita Harian ketika itu telah memilih Hero Mata Satu untuk diterbitkan secara mingguan.


PROSES BERKARYA



Ketika karya  tersebut dihasilkan pelukis bertugas sebagai guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau. Mentakab, Pahang. Pada ketika itu Guru Besar sekolah tersebut   Abdul Rahman Mohamad atau ARMAN SANI, yang juga merupakan penulis buku  terkenal dari Pahang. Ketika itu umur pelukis 24 tahun masih bujang dan belum berkeluarga. Selain mengajar pelukis juga banyak menghasilkan karya dalam bentuk buku komik, sketsa dan sebagainya yang diterbitkan oleh beberapa penerbit di Kuala Lumpur. Di Sekolah Menengah Kuala Krau, selain daripada menjadi guru, pelukis juga dilantik sebagai warden asrama dengan dibayar elaun sebanyak RM60.00 sebelum dinaikkan kepada RM120.00. Hero Mata Satu dihasilkan dalam kesibukan pelukis sebagai guru dan waden asrama. Selalunya pelukis menghasilkan karya ini pada lewat tengah malam sehingga jam 3 pagi, sebelum tidur sekejap kemudian bagun solat subuh, kemudian menyambung kerja melukis sebelum masuk mengajar jam 7.30 pagi.

POS BERDAFTAR


Ramai yang tidak tahu melukis itu satu penyiksaan. Pelukis perlu akur dengan jadual penerbitan yang ketat. Satu hari Salim Kajai pengarang Berita Harian telah menghubungi pelukis  melalui telefon sekolah. Pada ketika itu handphone belum ada lagi. Satu-satunya komunikasi mesra adalah menggunakan telefon pejabat. Dalam perbualan itu pelukis telah diingatkan supaya menghantar karya tepat pada masanya, tiga hari sebelum kerja-kerja pra cetak dilakukan. Satu cara tercepat yang pelukis boleh lakukan untuk menghantar karya adalah dengan menggunakan Pos berdaftar. Untuk terbitan hari sabtu pada tiap petang isnin pelukis akan ke pejabat pos Kuala Krau dan berdoa ia sampai pada hari rabu pada setiap minggu. 

KENAPA MELUKIS


Karya ini terhasil kerana wujudnya gelodak rasa yang terpendam dalam diri pelukis yang ingin dikongsikan dengan ramai orang. Selain daripada itu juga melalui lukisan yang dihasilkan  pelukis dibayar dengan sedikit imbuhan. Tetapi yang  lebih menyeronokkan ialah apabila karya disiarkan dan diterbitkan. Kepuasan kedua, apabila menerima pandangan sokongan dan kritikan daripada peminat. -EDITOR




Pernyataan Hakcipta

© RAZAK RAHIM -Hak cipta Terpelihara.Tiada mana-mana bahagian daripada sketsa & lakaran dan cerita kartun ini boleh digunakan sama ada secara teknikal,mekanikal, cetakan, filem,drama, iklan dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta.

Pertanyaan & konsultasi

sila hubungi  emel/telefon berikut. 

RAZAK RAHIM
emel: guruseni57@gmail.com
tel: 018-2131067


1 comment:

RAZAK RAHIM said...

RAKAMKAN CITRA ANDA TENTANG HMS- EDITOR